SARAPAN antara waktu makan yang penting kerana ia membantu membekalkan tenaga selepas tubuh berehat sepanjang malam.

Namun, setiap individu mempunyai pilihan sarapan yang berbeza-beza. Ada yang gemar menikmati sarapan berat dan mengenyangkan manakala sesetengah individu lebih selesa mengambil makanan ringan sebelum memulakan aktiviti harian.

Sarapan berat biasanya, hidangan yang lebih mengenyangkan dan

mengandungi pelbagai jenis makanan. Antaranya termasuk nasi, mi, roti bersama telur, bubur serta sumber protein seperti ayam atau ikan.