Pasir Gudang: Penduduk di Bandar Layangkasa, Kong Kong, Masai di sini, mendakwa bukan saja terjejas akibat masalah jerebu yang melanda kawasan itu malah perbuatan segelintir penduduk di beberapa kawasan berhampiran yang bebas melakukan pembakaran terbuka.
Penduduk, Hanizah Abu Bakar, 45, mendakwa pembakaran sampah secara terbuka dilakukan oleh segelintir penduduk di kawasan perkampungan di Sentosa Barat dan Kampung Cahaya Baru di sini.
Beliau berkata, pembakaran dilakukan mengakibatkan kepulan asap tebal mengganggu penduduk di kawasan perkampungan itu mahupun perumahan berhampiran.
"Kami faham ada beberapa perkampungan tiada perkhidmatan kutipan sampah dan mereka mengambil jalan mudah membuat pembakaran terbuka.










