KUALA LUMPUR: Sebanyak empat daripada tujuh token Subsistem Pengkomputeran Arm (CSS) di bawah kerjasama strategik Malaysia dengan Arm Limited sudah diberikan kepada syarikat tempatan bagi membangunkan cip untuk kegunaan automotif, pusat data dan pelayan mini.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata perkembangan itu menjadikan tiga token CSS masih tersedia.
Kira-kira empat daripada 25 token Akses Fleksibel Arm (AFA) turut diberikan setakat ini.
Beliau berkata, kerjasama yang dibawa oleh Kementerian Ekonomi pada 2025 itu menyediakan akses teknologi kepada syarikat yang mahu membangunkan reka bentuk litar bersepadu (IC) dan harta intelek (IP) sendiri.










