PETALING JAYA: Syarikat telekomunikasi utama negara bakal memegang peranan lebih besar dalam menentukan hala tuju Digital Nasional Bhd (DNB) susulan penstrukturan semula pegangan sahamnya yang kini memasuki fasa akhir.

Peralihan pemilikan yang dijangka selesai awal suku keempat tahun ini dijayakan susulan penyempurnaan latihan pembiayaan DNB bernilai RM5.2 bilion.

Langkah ini menyaksikan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) keluar sebagai pemegang saham biasa dan menyerahkan pegangan ekuiti secara sama rata kepada tiga gergasi industri CelcomDigi, Maxis dan YTL Power.

Bagaimanapun, MOF Inc kekal memegang saham khas bagi memelihara kepentingan strategik negara.