KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi digital negara mesti berlandaskan persaingan yang adil, termasuk menangani amalan platform yang boleh membebankan perniagaan tempatan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan perlu bagi mengekang amalan seperti kenakan komisen tinggi, terma kontrak yang menyekat serta kawalan berlebihan terhadap data pengguna.
"Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bilangan 3 Tahun 2026 bagi meneliti kemajuan ekonomi digital negara serta langkah memperkukuh daya saing Malaysia dalam mendepani perkembangan teknologi.








