SHAH ALAM: Seorang wanita warga Indonesia yang menggunakan platform TikTok untuk mempromosikan khidmat imigresen haram, termasuk mengatur pergerakan migran melalui laluan tidak dibenarkan, ditahan selepas operasi risikan selama sebulan.

Wanita berusia 31 tahun itu, yang dipercayai menjalankan kegiatan sebagai ejen imigresen haram sejak kira-kira setahun lalu, ditahan dalam operasi khas di sebuah kediaman di Seksyen U15, di sini, pada Isnin lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata operasi yang bermula pada jam 10 pagi itu dijalankan pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya.