KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan mata wang utama pada Rabu, disokong prestasi ekonomi Malaysia yang berdaya tahan.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.0790/0825 berbanding dolar AS daripada 4.0805/0845 ketika ditutup pada Selasa.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam anggaran awal yang dikeluarkan pada 16 Oktober melaporkan ekonomi negara berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2026.
Prestasi itu berbanding pertumbuhan enam peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.










