SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan kejadian siling terjatuh di laluan hadapan Zon Biru, Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada Selasa, namun insiden itu tidak melibatkan pesakit mahupun petugas hospital.JKNS dalam kenyataan memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku pada jam 7.15 malam itu berpunca daripada kebocoran paip yang berlaku di bahagian siling sehingga mengakibatkan kelemahan pada struktur tersebut."Susulan kejadian itu, pelan kawalan keselamatan telah dilaksanakan serta-merta dengan menyita laluan kawasan terjejas dan mengaktifkan laluan alternatif bagi pergerakan pesakit dan kakitangan di JKT HTAR."Kerja-kerja pembersihan, pembaikan, serta siasatan teknikal secara terperinci kini sedang dijalankan secara giat oleh pihak konsesi bagi memastikan keselamatan persekitaran terjamin," menurut kenyataan itu.Menurut JKNS, kerja-kerja pembaikan telah selesai dijalankan dan laluan tersebut telah dibuka semula pada jam 2.30 pagi Rabu.Perkhidmatan di JKT HTAR terus beroperasi seperti sediakala tanpa sebarang gangguan dan JKNS kekal komited untuk memastikan keselamatan pesakit, pelawat, dan petugas kesihatan sentiasa menjadi keutamaan. - Bernama
Tiada mangsa terlibat kejadian siling jatuh di JKT HTAR - JKNS

Key takeaways
Siling terjatuh di JKT HTAR tidak melibatkan pesakit atau kakitangan hospital, siasatan mendapati kebocoran paip menyebabkan kelemahan struktur.
- Kebocoran paip menyebabkan siling terjatuh di JKT HTAR.
- Pelan kawalan keselamatan dilaksanakan dan laluan alternatif diaktifkan.
- Kerja pembaikan selesai dan laluan dibuka semula pada jam 2.30 pagi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Jerebu: Tiada syarikat perladangan negara terlibat
- Sinar Harian Tiada mangsa terlibat kejadian siling jatuh di JKT HTAR - JKNS (this story)









