KUALA LUMPUR: Lebih RM1 daripada setiap RM2 nilai eksport Malaysia pada September 2026 disumbangkan produk elektrik dan elektronik (E&E), apabila sektor itu merangkumi 51.2 peratus daripada keseluruhan eksport negara, mencerminkan peranannya sebagai pemacu utama perdagangan luar Malaysia.
Penganalisis CGS International, Mas Aida Che Mansor, berkata eksport E&E melonjak 69.2 peratus tahun ke tahun pada September, mengatasi pertumbuhan keseluruhan eksport negara sebanyak 54.5 peratus kepada RM215.1 bilion.
Beliau berkata, prestasi itu disokong permintaan berdaya tahan terhadap barangan pembuatan, yang mencatat pertumbuhan 58.6 peratus tahun ke tahun pada bulan dikaji.
Penguasaan E&E dalam eksport negara katanya turut ketara bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026 apabila produk berkenaan menyumbang 48.8 peratus daripada keseluruhan eksport, selepas mencatat pertumbuhan 49.5 peratus tahun ke tahun.








