KUALA LUMPUR: Sejumlah 20 stesen pemantauan seluruh negara merekodkan kualiti udara tidak sihat dengan Bukit Rambai, Melaka mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 173, setakat jam 5 petang ini.
Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), stesen pemantauan lain yang turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai, Negeri Sembilan (162); Klang, Selangor (161); Johan Setia (159) dan Bandaraya Melaka (158).
Selain itu, dua kawasan di Selangor masing-masing merekodkan bacaan IPU sama, iaitu 156 di Petaling Jaya dan Banting, manakala Batu Muda dan Cheras, Kuala Lumpur; Putrajaya dan Shah Alam, Selangor mencatatkan bacaan 155.








