Dua kawasan di Kuala Lumpur merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Cheras (159) dan Batu Muda (158), manakala Putrajaya (158).KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Bukit Rambai di Melaka merekodkan bacaan tertinggi 174.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) dua kawasan di Melaka turut mencatat IPU tidak sihat, iaitu Bandaraya Melaka (161) dan Alor Gajah (158).

Sebanyak tiga kawasan di Negeri Sembilan juga mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Nilai (161), Seremban (158) dan Port Dickson (155).

Selain itu, yang turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah lima kawasan di Selangor, iaitu Johan Setia (160) Klang dan Banting dengan masing-masing mencatatkan 159, Shah Alam (158) dan Petaling Jaya (157).