PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita menyerang seorang pekerja kedai minuman hanya kerana tidak memandang mukanya semasa mengambil pesanan mendapat kecaman ramai.

Menerusi beberapa rakaman yang tular di Threads, pelanggan tersebut merakam tindakannya bersemuka dengan pekerja tersebut selepas tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan.

Melalui video itu, pelanggan berkenaan mendakwa pekerja itu tidak memandang wajahnya semasa mengambil pesanan selain turut memanggil nombor pesanan