RUU Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat

Kuala Lumpur: Rang Undang-undang (RUU) Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini (Pindaan) 2026 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, berkata RUU berkenaan dijadualkan dibentangkan secara serentak untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada persidangan kali ini.

Menerusi naskhah biru disiarkan di portal Parlimen, cadangan pindaan itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi meluputkan butir boleh daftar seseorang disabitkan atas kesalahan boleh daftar.