KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan ARMADA BERSATU, Harris Idaham Rashid mendakwa sikap gelojoh pemimpin PAS dalam menguruskan Perikatan Nasional (PN) didorong oleh 'agenda jahat' tersusun untuk membunuh BERSATU secara politik.
Harris mendakwa, kegagalan mutlak Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjawab Notis Tunjuk Sebab mengikut sub perenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 akhirnya memusnahkan gabungan itu.
"PAS mahu membantu menaikkan Parti Wawasan Negara (WAWASAN) untuk bergerak dan memainkan peranan BERSATU dalam PN.
"Namun, ARMADA menegaskan bahawa 'agenda jahat dan licik' ini sama sekali tidak tercapai dan gagal sepenuhnya dengan pembubaran PN," katanya dalam kenyataan, hari ini.









