MELAKA - Seorang warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun, September lepas.Bagaimanapun, pertuduhan yang dibacakan ke atas Shofikah Abdul Shukur, 35, tidak direkodkan kerana tertuduh tidak memahami bahasa Melayu atau Inggeris.Wanita itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak berkenaan, dengan menampar muka mangsa beberapa kali, mengikat tangan dan kaki serta menghempasnya ke lantai.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Baiduri 9 di Pulau Melaka, Melaka Tengah di sini, kira-kira jam 11.48 pagi pada 30 September.Shofikah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani, manakala peguam Nigel Tai mewakili tertuduh.Pihak pembelaan memohon tertuduh dibenarkan diikat jamin, namun Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menangguhkan perkara itu sehingga tertuduh memahami pertuduhan yang dibacakan dengan bantuan jurubahasa Rohingya yang akan dilantik, serta menetapkan 11 November ini untuk sebutan semula kes. - Bernama
Warga Myanmar didakwa cederakan kanak-kanak

Key takeaways
Seorang warga Myanmar didakwa atas kesalahan mencederakan seorang kanak-kanak lelaki setahun di Melaka pada September lalu.
- Tertuduh tidak memahami bahasa Melayu atau Inggeris, jadi pertuduhan tidak direkodkan.
- Kesalahan dilakukan dengan menampar, mengikat dan menghempas kanak-kanak ke lantai.
- Shofikah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda RM2,000.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian 3 beranak didakwa dera kanak-kanak hingga cedera
- Sinar Harian Warga Myanmar didakwa cederakan kanak-kanak (this story)









