MELAKA – Seorang wanita Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang bayi setahun, bulan lalu.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Shofikah Abdul Shukur, 35, selepas dia memaklumkan tidak memahami bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman kemudian menetapkan 11 November ini bagi pelantikan jurubahasa Rohingya untuk membolehkan pertuduhan dibacakan dan difahami tertuduh.Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap bayi lelaki warga Myanmar berusia setahun dengan menampar muka mangsa beberapa kali, mengikat kaki dan tangan serta menghempaskannya ke lantai.Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 11.48 pagi pada 30 September lalu di sebuah rumah di Pulau Melaka, dalam daerah Melaka Tengah.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani, manakala tertuduh diwakili peguam Nigel Tai.Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh.Sementara itu, seorang lagi wanita warga Rohingya berusia 25 tahun turut berdepan pertuduhan berkaitan kes sama.Bagaimanapun, prosiding terhadap wanita itu ditangguhkan ke 11 November ini bagi membolehkan jurubahasa Rohingya disediakan selepas dia turut memaklumkan tidak memahami bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Tiada jaminan ditawarkan terhadap wanita berkenaan.
Wanita Rohingya didakwa dera bayi, ikat kaki dan tangan sebelum hempas ke lantai

Key takeaways
Seorang wanita Rohingya didakwa meragut bayi setahun dengan menampar, mengikat kaki dan tangan, serta menghempaskannya ke lantai.
- Wanita itu didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
- Tertuduh tidak memahami bahasa Melayu dan Inggeris, memerlukan jurubahasa Rohingya.
- Kes akan dipertimbangkan pada 11 November untuk memastikan tertuduh faham pertuduhan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Dera wanita Indonesia: Polis tahan enam lelaki
- Berita Harian 3 beranak didakwa dera kanak-kanak hingga cedera
- Sinar Harian Wanita Rohingya didakwa dera bayi, ikat kaki dan tangan sebelum hempas ke lantai (this story)






%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F02%2F2be97fbeff154acf0937810f45a14b01.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
