BENTONG: Susulan pendedahan BH berhubung 'kebanjiran' warga asing di Janda Baik, di sini Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) melaksanakan operasi secara bersepadu di kawasan pelancongan itu, hari ini

Hasil operasi bersepadu yang dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada jam kira-kira 10 pagi itu, Imigresen menyerbu 19 lokasi di Janda Baik sebelum memeriksa 278 warga asing.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli, berkata hasil pemeriksaan itu, 65 daripadanya dikesan melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai pas, tinggal lebih masa dan menyalahgunakan permit, mengikut Akta Imigresen 1969/63.

"Serbuan dilakukan di Kampung Sumsum dan Cheringin membabitkan tiga pasukan daripada Imigresen Pahang, Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain JPJ dengan keseluruhan kekuatan 150 anggota dan pegawai.