PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang dikehendaki untuk membantu melengkapkan kertas siasatan berhubung kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

JIM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, lelaki warga tempatan berkenaan dikenali sebagai Han Loong Foong, 57.

Menurutnya, alamat terakhir lelaki berkenaan ialah G-38 Tingkat 1, Taman Sri Mawar, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Ella Fazlina Mat Misiah,” menurut kenyataan itu.