Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengenal pasti 224 lokasi panas atau hotspot berkaitan keberadaan dan aktiviti warga asing di seluruh negara.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, lokasi itu merangkumi pelbagai kategori termasuk penempatan tidak sah, rumah kongsi di tapak pembinaan, premis perniagaan yang dimonopoli warga asing, serta rumah sewa yang padat dengan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Menurutnya, perkara ini perlu diberikan perhatian dan pemantauan penguatkuasaan.
"Bagi tempoh 2023 sehingga 15 Jun lalu, sebanyak 16,431 siri Op Sapu dilaksanakan. Operasi ini merangkumi serbuan ke atas pelbagai lokasi penempatan haram, termasuk rumah setinggan, rumah kongsi, serta rumah tumpangan yang didapati dihuni PATI.






