Hanoi: Hanoi melonjak lima anak tangga dalam ranking global Internet mudah alih, sekali gus menjadi bandar kelima terpantas di dunia bagi perkhidmatan Internet mudah alih, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Menurut Ookla Speedtest Global Index bagi Ogos 2026, ibu negara Vietnam itu merekodkan kelajuan muat turun Internet mudah alih median 493.37 Mbps.
Selain prestasi muat turun yang memberangsangkan, Hanoi mencatatkan kelajuan muat naik mudah alih median 93.98 Mbps dan kependaman hanya 19 milisaat.
Empat bandar yang mendahului Hanoi ialah Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan 702.28 Mbps; Al-Rayyan di Qatar dengan 625.63 Mbps; Doha di Qatar dengan 532.09 Mbps; dan Dubai di UAE dengan 522.64 Mbps.








