Alor Setar: Taburan hujan di kawasan tadahan Empangan Pedu berkurangan hampir 30 peratus berbanding purata akibat cuaca panas dan kering berpanjangan dari Januari hingga Mei lalu.
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu menjejaskan aliran masuk air ke empangan dan menyebabkan paras takungan merosot.
"Sehingga semalam, jumlah keseluruhan simpanan air di tiga empangan MADA adalah 40.13 peratus.
"Daripada jumlah itu, Empangan Pedu merekodkan simpanan 40.82 peratus, diikuti Empangan Ahning 45.38 peratus dan Empangan Muda sebanyak 25.92 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.








