Istanbul: Sebuah jet pejuang Rafale milik Tentera Udara Croatia memintas pesawat penumpang berdaftar di Malta di ruang udara Croatia pada Selasa selepas markas pemerintahan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menetapkan pesawat itu sebagai berpotensi menimbulkan ancaman, lapor Anadolu Ajansi memetik Croatia Week.
Menurut Kementerian Pertahanan Croatia, pesawat Boeing itu sedang dalam penerbangan dari Greece ke Jerman apabila Pusat Operasi Udara Gabungan NATO di Torrejon, Sepanyol mengarahkan pemintasan berkenaan.
Maklumat daripada Pusat Pelaporan Pemerintahan Itali menunjukkan bahawa pesawat itu menghantar kod transponder 7500, yang merupakan isyarat rampasan pesawat.
Jet pejuang Croatia itu memintas pesawat berkenaan pada 11.02 pagi (1202 GMT) di ruang udara Korenica, tengah Croatia.








