Jerantut: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai jenis Toyota Wish berwarna putih terbabas sebelum terbalik dan terbakar sepenuhnya di Kilometer 26, Jalan Jerantut–Kuala Tahan, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Nor Azman Yusof, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.20 pagi ketika kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Kuala Tahan menuju ke Jerantut.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas sendiri, terbalik dan terbakar.

"Bagaimanapun, tiada mangsa ditemukan di lokasi kejadian manakala identiti pemandu serta pemilik kenderaan masih belum dikenal pasti,.