KUALA LUMPUR: Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan meneroka peluang pelaksanaan penyelesaian tenaga boleh baharu, meningkatkan kecekapan tenaga serta memperkukuh kebolehpercayaan infrastruktur elektrik bagi projek Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS Link).
Menurut kedua-dua syarikat dalam kenyataan bersama hari ini, kerjasama strategik itu turut merangkumi usaha menyokong mobiliti hijau, dengan pelaksanaan awal penerokaan tertumpu di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Chagar serta Depoh Wadi Hana.
Katanya, MoU berkenaan merangkumi tiga bidang utama, iaitu penyelesaian tenaga solar, pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan mobiliti hijau serta kebolehpercayaan sistem elektrik dan perkhidmatan penyelenggaraan.








