PETALING JAYA – Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada untuk memacu penyelesaian tenaga mampan, mobiliti hijau dan pembangunan infrastruktur rel yang lebih cekap tenaga serta berdaya tahan.
Melalui pemeteraian kerjasama strategik, ia menggabungkan peranan MRT Corp dalam pembangunan dan pengurusan pelbagai aset infrastruktur rel bandar dengan kepakaran TNB sebagai utiliti elektrik negara bagi mengenal pasti peluang meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga, menyokong mobiliti hijau dan mewujudkan operasi infrastruktur yang lebih mampan.
Usaha ini adalah kesinambungan hubungan kerja antara kedua-dua organisasi dalam projek MRT1, MRT2, Laluan Mutiara Pulau Pinang serta Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS Link).










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F45332342342_547167.png&w=480&output=webp&q=85&we)