PETALING JAYA– Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh memohon orang ramai menghentikan sumbangan wang ke akaun bank miliknya selepas menerima hampir RM45,102.18 setakat ini.

Beliau berkata, kebanyakan wang yang diterima bukan bertujuan membeli motosikal jenis Honda X-ADV atau ikan tilapia yang dijualnya, sebaliknya disalurkan orang ramai sebagai sumbangan kepadanya.

Menurutnya, beliau amat menghargai keprihatinan semua pihak, namun mahu berusaha terlebih dahulu dengan menjual aset miliknya bagi menyelesaikan perkara yang dihadapi.

“Saya sejujurnya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak untuk membantu saya kerana saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Insya-Allah, saya akan tanggung sepenuhnya.