Mahkamah Tinggi Melaka pada 19 Okt memerintahkan Dr Akmal Saleh membayar ganti rugi RM250,000 kepada Teresa Kok selepas membenarkan saman fitnah difailkan pemimpin DAP itu, selain kos mahkamah RM50,000.PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh meminta orang ramai berhenti menyalurkan wang ke akaun banknya selepas menerima RM45,102.18, sambil menegaskan beliau mahu menjual aset sendiri bagi melunaskan ganti rugi dan kos mahkamah.

Dalam hantaran di Facebook, Akmal berkata kebanyakan wang yang diterimanya bukan untuk membeli motosikal Honda X-ADV atau ikan tilapia yang ditawarkan untuk dijual, sebaliknya diberikan sebagai sumbangan.

“Saya sangat-sangat berterima kasih, tetapi niat saya adalah untuk berusaha terlebih dahulu menjual aset saya iaitu motor dan ikan saya,” katanya.