Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak Saifullizan Ishak berkata senjata yang digunakan ialah pisau pena, bukannya kapak seperti yang didakwa. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang guru cedera selepas seorang pelajar didakwa melancarkan serangan di sebuah sekolah antarabangsa di Kuching, Sarawak menggunakan pisau.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak dipetik Utusan Sarawak berkata, senjata yang digunakan ialah pisau pena, bukannya kapak seperti didakwa.
Sinar Harian pula memetik pihak pengurusan sekolah berkata, seoang guru cedera ketika cuba merampas pisau daripada pelajar terbabit.
Pihak sekolah memaklumkan pelajar berusia 16 tahun itu telah ditahan dan dibawa ke pejabat pengetua, di mana dia kini dipantau sementara menunggu tindakan lanjut, manakala ibu bapa pelajar itu turut dihubungi.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4456456_182838.png&w=480&output=webp&q=85&we)