Satu daripada resolusi Kongres Keselamatan Jalan Raya akan dibawa ke Jemaah Menteri bagi melaksanakan tindakan intervensi khusus untuk mengurangkan kemalangan dalam kalangan penunggang motosikal.KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempergiat intervensi keselamatan jalan raya khususnya bagi penunggang motosikal, memandangkan kira-kira 2/3 daripada keseluruhan kematian akibat nahas jalan raya membabitkan motosikal.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata berdasarkan Laporan Perangkaan Kemalangan Jalan Raya 2025 oleh polis, sebanyak 6,581 kematian direkodkan tahun lepas dengan 4,542 daripadanya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

"Cabaran utama kita bukan sekadar sebilangan kesalahan trafik tetapi bagaimana intervensi kerajaan dapat mencegah risiko kemalangan maut," katanya semasa menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) di Dewan Rakyat.