KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou membuktikan kehebatannya apabila sekali lagi muncul juara acara beregu lelaki SU5 (kecacatan fizikal) pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, kali ini bergandingan dengan Mohamad Faris Ahmad Azri selepas kali terakhir merangkul gelaran itu pada edisi 2014.

Kejayaan manis menamatkan penantian 12 tahun itu hadir menerusi saingan format liga sepusingan tanpa sebarang kekalahan di Gimnasium Perbandaran Ichinomiya.

Pada aksi final hari ini, gandingan negara itu menundukkan wakil Korea Selatan Jeon Sunwoo-Kim Gi Yeon secara straight set 21-8, 21-13, sekali gus mengesahkan kedudukan teratas carta liga dengan mengumpul enam mata maksimum hasil tiga kemenangan bersih.