PARIS: Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Khvicha Kvaratskhelia, akan menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan koyak ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kanannya ketika membantu pasukan itu menewaskan Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara.
Kvaratskhelia mengalami kecederaan lutut ketika PSG menang 4-2 ke atas Barcelona, awal pagi tadi dan terpaksa dibantu keluar padang dengan pemain sayap Georgia itu tidak mampu memijak kakinya.
Sementara itu, Ousmane Dembele turut terpaksa dikeluarkan pada minit ke-19 akibat kecederaan paha, manakala pertahanan Marquinhos digantikan berikutan kecederaan sama.
PSG memaklumkan kedua-dua pemain itu akan terus menjalani rawatan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F45332342342_547167.png&w=480&output=webp&q=85&we)