AMPANG JAYA: Polis sedang menyiasat kes seorang lelaki warga emas yang didakwa mencabul anak lelaki seorang pegawai kanan polis di sebuah gimnasium di Melawati, kelmarin.

Difahamkan, suspek berusia 61 tahun itu ditahan sendiri oleh bapa mangsa di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan memaklumkan tindakan lanjut sedang diambil.

"Kes masih dalam siasatan pihak polis," katanya ringkas dalam satu kenyataan, hari ini.