TANGKAK: Penubuhan MARA Dialysis Technical Excellence Center (MARA DTEC) di TVET MARA Ledang, mampu memperkukuh pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.

MARA DTEC ialah pusat kecemerlangan berasaskan industri yang mengintegrasikan latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), teknologi bioperubatan serta operasi perkhidmatan dialisis dalam satu ekosistem pembelajaran sebenar.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ia bagi memenuhi permintaan industri teknologi kesihatan yang semakin berkembang di negara ini, dibangunkan menerusi kerjasama strategik antara TVET MARA Ledang dengan pihak industri, membabitkan pelaburan RM1.5 juta.

"Ini merangkumi penyediaan fasiliti, peralatan dan pemindahan kepakaran teknikal. Ia satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan TVET di negara kita.