KUALA LUMPUR: PETRONAS Lubricants International (PLI) menjalin kerjasama strategik dengan pengeluar motosikal Amerika Syarikat, UM Motorcycles, bagi memperluas pengedaran pelincir motosikal PETRONAS Sprinta di pasaran antarabangsa.
Kerjasama itu membolehkan PLI membekalkan rangkaian pelincir motosikalnya menerusi pengedar dan pusat perkhidmatan selepas jualan UM Motorcycles di pasaran terpilih.
Pasaran berkenaan merangkumi Asia Pasifik, Eropah, Afrika dan Amerika Latin.
Menerusi perjanjian itu, PLI berpeluang memanfaatkan rangkaian antarabangsa UM Motorcycles yang mempunyai lebih 2,000 pengedar di empat benua.









