Bentong: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu 19 lokasi sekitar Janda Baik dan menahan 65 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Operasi Mega Bersepadu, pagi tadi.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, operasi bermula 10 pagi meliputi Kampung Cemeruh, Ceringin dan Sumsum itu dijalankan susulan aduan penduduk dan laporan media mengenai kebanjiran warga asing di kawasan peranginan tersebut.
"Hasil daripada serbuan ke atas 19 lokasi merangkumi resort, kebun dan tapak pembinaan, sebanyak 278 warga asing telah diperiksa dan 65 daripadanya ditahan atas sebab munasabah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.
"Kesemua yang ditahan berumur antara 20 hingga 54 tahun itu akan dibawa ke Depot Kemayan untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F45332342342_547167.png&w=480&output=webp&q=85&we)