Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata jika bahaya semua orang tidak boleh menggunkan Waze bukan setakat penjawat awam.KUALA LUMPUR: Jika Waze dianggap berbahaya kerana berpangkalan di Israel, penggunaannya perlu disekat untuk semua rakyat bukan hanya penjawat awam.
Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS-Alor Setar) mempersoalkan arahan kepada penjawat awam supaya tidak menggunakan aplikasi navigasi itu dan menggesa kerajaan menjelaskan rasional di sebalik larangan.
“Kalau betul Waze itu bahaya, jangan bagi Waze itu masuk Malaysia. Semua orang tak boleh pakai Waze, bukan setakat penjawat awam,” katanya di Dewan Rakyat.
Anggota perkhidmatan awam dilarang menggunakan aplikasi navigasi Waze berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN).








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4456456_182838.png&w=480&output=webp&q=85&we)