KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memperketat pemantauan pelepasan emisi kapal di pelabuhan utama ketika jerebu, bagi memastikan usaha mengembangkan sektor maritim tidak menambah tekanan terhadap kualiti udara dan kesihatan masyarakat.
Pemain industri, Datuk Seri R Jeyenderan dan Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu Nazery Khalid berpandangan pertumbuhan aktiviti perkapalan perlu diseimbangkan dengan pematuhan alam sekitar serta perlindungan pekerja dan penduduk berhampiran pelabuhan.
Jeyenderan berkata, kedudukan Malaysia di sepanjang Selat Melaka membuka peluang besar untuk menarik lebih banyak kapal mendapatkan bekalan bahan api marin, tetapi peningkatan trafik kapal turut menuntut pemantauan lebih teliti terhadap pelepasan emisi.










