Pemain industri dan ahli akademik berpandangan pertumbuhan aktiviti perkapalan perlu diseimbangkan dengan pematuhan alam sekitar serta perlindungan pekerja dan penduduk berhampiran pelabuhan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Malaysia perlu memperketat pemantauan pelepasan emisi kapal di pelabuhan utama, terutama ketika jerebu, bagi memastikan usaha mengembangkan sektor maritim tidak menambah tekanan terhadap kualiti udara dan kesihatan masyarakat.

Pemain industri R Jeyenderan dan Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu Nazery Khalid berpandangan pertumbuhan aktiviti perkapalan perlu diseimbangkan dengan pematuhan alam sekitar serta perlindungan pekerja dan penduduk berhampiran pelabuhan.