KANGAR: Penyanyi, pemuzik dan penulis lagu dari Amerika Syarikat (AS), Brian Hyppolite antara 251 penumpang yang berdepan detik cemas selepas feri dinaiki mereka dari Langkawi terkandas di perairan Kuala Perlis, hari ini.
Insiden 10.30 pagi itu apabila Feri Express Bahagia 98 yang berlepas dari Langkawi pada 9.30 pagi tersangkut pada pukat nelayan yang dipasang secara melintang di alur pelayaran menuju ke Terminal Feri Kuala Perlis.
Hyppolite berkata, biarpun anaknya pada mulanya takut, situasi cemas itu bertukar menjadi memori berharga apabila melihat semangat kerjasama masyarakat tempatan dan agensi penyelamat yang bertungkus lumus memindahkan mereka ke bot penyelamat.
"Semua orang saling tolong-menolong membantu penumpang supaya semuanya selamat.








