PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Sarawak serta Sabah sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Perak, kawasan yang terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Hilir Perak, Larut Matang, Selama, Kerian, Perak Tengah dan Manjung.

“Di Terengganu, amaran berkenaan melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang membabitkan Lipis dan Jerantut.

“Turut terjejas ialah Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang,” katanya.