KUALA LUMPUR – Bhuiyen Sdn Bhd menafikan dakwaan syarikat itu terbabit dalam aktiviti penyembelihan ayam secara tidak halal seperti ditularkan menerusi video di media sosial.Dalam memo disebarkan menerusi aplikasi TikTok, pihak pengurusan Bhuiyen menegaskan aktiviti penyembelihan dalam video berkenaan bukan dilakukan syarikat itu atau mana-mana cawangannya.Memo itu dikeluarkan susulan penularan video daripada akaun TikTok Sophian & Abeoabe yang mendakwa Bhuiyen terbabit dalam aktiviti penyembelihan ayam secara tidak halal.Menurut pihak pengurusan, penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan orang awam, pelanggan serta pihak berkaitan."Pihak pengurusan Bhuiyen turut memandang serius penyebaran dakwaan berkenaan yang disifatkan sebagai fitnah dan bertujuan menjatuhkan reputasi serta kepercayaan pelanggan terhadap syarikat itu," menurut memo berkenaan.Sehubungan itu, pihaknya memaklumkan tindakan undang-undang diambil terhadap individu yang didakwa memfitnah syarikat berkenaan menerusi media sosial.Sementara itu, tular tangkap layar rakaman siaran langsung di TikTok berhubung dakwaan seorang pembekal ayam di ibu negara mengamalkan kaedah penyembelihan tidak sah, sebaliknya mencampakkan ayam ke dalam air panas ketika masih hidup.Rakaman sama turut menimbulkan dakwaan bahawa operasi penyembelihan itu dilakukan warga asing.Dalam pada itu, pihak pengurusan Bhuiyen menegaskan penyebaran dakwaan berkenaan boleh menjejaskan reputasi syarikat serta kepercayaan pelanggan terhadap perniagaannya.
Bhuiyen nafi dakwaan penyembelihan ayam tidak halal

Key points
- KUALA LUMPUR – Bhuiyen Sdn Bhd menafikan dakwaan syarikat itu terbabit dalam aktiviti penyembelihan ayam secara tidak halal seperti ditularkan menerusi video di media sosial.
- Dalam memo disebarkan menerusi aplikasi TikTok, pihak pengurusan Bhuiyen menegaskan aktiviti penyembelihan dalam video berkenaan bukan dilakukan syarikat itu atau mana-mana cawangannya.
- Memo itu dikeluarkan susulan penularan video daripada akaun TikTok Sophian & Abeoabe yang mendakwa Bhuiyen terbabit dalam aktiviti penyembelihan ayam secara tidak halal.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro FIA nafi dakwaan perisian unit kuasa tidak diuji
- Free Malaysia Today Jalaluddin nafi dakwaan kemuka usul tidak percaya MB N Sembilan
- Sinar Harian Bhuiyen nafi dakwaan penyembelihan ayam tidak halal (this story)








