KUALA LUMPUR: Bhuiyen Sdn Bhd (Bhuiyen) menafikan dakwaan syarikat itu terbabit penyembelihan ayam tidak sah seperti yang tular di media sosial menerusi akaun TikTok Shopian & Abeobe.

Dalam kenyataan hari ini, pihak pengurusan Bhuiyen menegaskan syarikat itu serta semua cawangannya tidak terbabit kaedah penyembelihan yang dipaparkan dalam video berkenaan.

"Dakwaan yang mengaitkan pihak Bhuiyen dengan aktiviti penyembelihan ayam secara tidak halal itu adalah tidak benar.

"Kami dengan sekeras-kerasnya menafikan aktiviti penyembelihan dalam video itu dilakukan oleh pihak Bhuiyen atau mana-mana cawangan kami," menurut kenyataan itu.