Kuala Lumpur: Bhuiyen Sdn Bhd (Bhuiyen) menafikan dakwaan syarikat itu terbabit dalam aktiviti penyembelihan ayam secara tidak halal seperti yang tular di media sosial menerusi akaun TikTok Shopian & Abeobe.

Dalam kenyataannya hari ini, pihak pengurusan Bhuiyen menegaskan syarikat itu serta semua cawangannya tidak terbabit dalam aktiviti penyembelihan yang dipaparkan dalam video berkenaan.

"Dakwaan yang mengaitkan pihak Bhuiyen dengan aktiviti penyembelihan ayam secara tidak halal itu adalah tidak benar.

"Kami dengan sekeras-kerasnya menafikan aktiviti penyembelihan dalam video itu dilakukan oleh pihak Bhuiyen atau mana-mana cawangan kami," menurut kenyataan itu.