Kuala Lumpur: Pengalaman Malaysia dalam mengurus kebakaran hutan serta melaksanakan operasi pembenihan awan boleh membantu Indonesia menangani bencana itu yang kini mengakibatkan jerebu rentas sempadan, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Lukanisman Awang Sauni.
"Kerana sebelum ini, pasukan Malaysia memang mempunyai pengalaman mengurus isu-isu kebakaran hutan seperti apa yang berlaku di Sarawak dan juga proses pembenihan awan juga sememangnya kerap dilaksanakan di Malaysia.
"Ini mungkin boleh membantu pihak Indonesia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) di sini pada Rabu.
Beliau berkata Malaysia sentiasa bersedia untuk mempercepat penghantaran pasukan bantuan ke Indonesia sebaik sahaja urusan pelaksanaannya dimuktamadkan.










