SEREMBAN - Polis akan memohon menyambung reman suspek yang juga suami kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempanan Malaysia (AKPS) yang dibunuh di Kompleks Perumahan Awam di sini pada 15 Oktober lalu.Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, reman kali pertama terhadap suspek berusia 30-an itu yang bermula pada 16 Oktober akan tamat pada 22 Oktober (Rabu)."Namun berdasarkan perkembangan semasa siasatan, pihak kami akan memohon menyambung reman suspek di Mahkamah Majistret Seremban esok,"katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Ditanya mengenai tarikh suspek akan didakwa di mahkamah, Alzafny berkata, pihaknya akan memaklumkan perkara itu kepada media apabila waktunya sudah disahkan.Sebelum ini Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya dilaporkan berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke pihak pendakwaan pada Rabu untuk tindakan dan arahan selanjutnya.Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun maut selepas dipercayai dibunuh suaminya pada jam 7 malam sebelum lelaki itu dikatakan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga yang mana mangsa dikatakan meminta cerai dan suspek juga baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah.
Pegawai AKPS maut: Polis akan mohon sambung reman suami

Key points
- SEREMBAN - Polis akan memohon menyambung reman suspek yang juga suami kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempanan Malaysia (AKPS) yang dibunuh di Kompleks Perumahan Awam di sini pada 15 Oktober lalu.
- Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, reman kali pertama terhadap suspek berusia 30-an itu yang bermula pada 16 Oktober akan tamat pada 22 Oktober (Rabu).
- Sebelum ini Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya dilaporkan berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke pihak pendakwaan pada Rabu untuk tindakan dan arahan selanjutnya.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Harian Metro , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Polis sahkan pegawai AKPS maut ditikam suami
- Free Malaysia Today Pegawai AKPS maut ditikam suami akibat perselisihan rumah tangga
- Sinar Harian Pegawai AKPS maut: Polis akan mohon sambung reman suami (this story)








