Kuala Lumpur: Bukan sekadar memburu gelaran juara dan hadiah lumayan, Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 kini membuka ruang kepada Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mengesan bakat muda yang berpotensi dibentuk sebagai pelapis skuad kebangsaan pada masa depan.
Penolong Setiausaha Agung I PSM merangkap Pengarah Teknikal Kejohanan, Yusoff Ali berkata, saingan bawah 16 tahun itu memberi peluang kepada pemain muda mempamerkan kemampuan masing-masing, sekali gus membolehkan bakat yang berpotensi dikenal pasti untuk menjalani proses pembangunan lebih tersusun.
Menurutnya, pemain yang menunjukkan kualiti permainan berpotensi diketengahkan untuk diasuh dan digilap sebelum dipertimbangkan bagi mengisi barisan pelapis negara.










