Kuala Lumpur: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memohon orang ramai menghentikan sumbangan wang ke akaun bank peribadinya bagi mengelakkan beliau rasa bersalah atas kemurahan hati masyarakat.
Beliau turut memohon maaf kerana terpaksa menarik semula nombor akaun bank yang dikongsi dalam hantaran terdahulu.
"Saya mohon jangan masukkan lagi duit ke akaun supaya saya tidak rasa bersalah dengan semua.
"Ini kerana hampir semua yang masukkan duit dalam akaun saya bukan untuk membeli motosikal atau ikan talapia tetapi kerana ingin menyumbang kepada saya.








