Kuala Lumpur: Sambutan hangat peminat bagi Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 Zon Utara, hujung minggu lalu memberi keyakinan saingan di Zon Timur dan Zon Tengah-Selatan mampu terus menarik perhatian masyarakat, khususnya golongan muda.

Pengarah Urusan Gajah Emas Industries Sdn Bhd, Kevin Lim berkata, penganjuran kejohanan itu membuka ruang lebih luas untuk peminat mendekati sepak takraw di pelbagai kawasan, sekali gus memastikan sukan tradisi berkenaan terus mendapat tempat dalam kalangan generasi baharu.

Kevin yang mewakili Gajahmas selaku Rakan Teknikal (Peralatan) kejohanan berharap kemeriahan yang tercetus di Zon Utara dapat diteruskan apabila pertandingan bergerak ke zon seterusnya.

"Saya rasa kejohanan ini akan mendapat perhatian ramai peminat sepak takraw, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda.