Kuala Lumpur: Pengoperasian Terowong SMART berjaya mengelakkan kerosakan harta benda awam di ibu negara dianggarkan bernilai RM4.94 bilion menerusi lencongan air banjir sejak infrastruktur itu dibuka kepada lalu lintas pada Mei 2007.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) Muhammad Nizam Alias berkata, sepanjang tempoh pengoperasiannya, terowong sepanjang tiga kilometer itu mengalihkan sebanyak 266.03 juta meter padu air banjir dalam lebih 685 kejadian.

Beliau berkata, infrastruktur unik itu kekal sebagai satu-satunya terowong dwifungsi di dunia yang direka khas untuk mengalirkan air banjir dan menyuraikan trafik ke pusat bandar raya.

"Apabila ada keperluan untuk mengalirkan air banjir, kita dapat melaksanakan fungsi itu dan disebabkan itu, kita dapat menyelamatkan pusat bandar Kuala Lumpur daripada dibanjiri air banjir kilat.