Munich: Bayern Munich terpaksa melupakan khidmat pemain tengah, Joshua Kimmich, bagi aksi Liga Juara-Juara menentang Arsenal, esok pagi, susulan kematian ahli keluarga terdekatnya.
Kelab juara Bundesliga itu mengesahkan pemain berusia 31 tahun berkenaan tidak akan disenaraikan dalam skuad bagi pertemuan di Allianz Arena selepas gagal menghadiri sesi latihan terakhir pasukan.
Penolong jurulatih Bayern, Aaron Danks, sebelum ini memaklumkan Kimmich tidak menyertai latihan semalam atas urusan peribadi.
Bayern mengesahkan bahawa pemain antarabangsa Jerman itu tidak dapat beraksi ketika berdepan Arsenal bagi memberi ruang kepadanya menghadapi kehilangan ahli keluarga.










